Tuesday, June 7, 2011

Bersyukurlah

salam perjuangan teman...
pentingnya kita besyukur terhadap segala yang kita miliki kerana kita pernah tergolong dalam kategori gambar di bwh ini





haa....kenapa tetiba aku cakap macam ni sebab semalam aku nampak budak dalam lingkungan 7 tahun sibuk menyapu sampah dan membersihkan metrobus....tp kita ni kdg2 nak kemas bilik pun malas tapi budak ni bersihkan bas tuu...tambahan umur setahun jagung dah pandai bekerja.....itu sebab aku cakap kita kena bersyukur dengan apa yang kita ada...walaupun malas kerja tapi rezeki yang ALLAH bagi sungguh luas....sesuai dengan sifat ALLAH=Yang maha Pemberi Rezeki..

Dalam Alquran surah Ar-Rahman ada ayat yang menyebut tentang kredibilti manusia dalam pemilihan nikmat yang Allah berikan

"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?"

tetapi berapa ramai antara kita yang benar2 mengambil iktibar daripada surah ini kerana melalui surah ini sahaja 31 kali diberi peringatan uantuk bersyukur...jadi fikir-fikrlah sendiri...

*moral of the story=bersyukrlah kerana sifat syukur itu melambangkan bunga peribadi kita

d(*_*)b [peace]
Amir Adham

Sunday, June 5, 2011

selepas MHS ASASI

salam perjuangan teman...
semalam aku dpt merasakan ukhuwah yang dibina atas niat yang ikhlas untuk membantu 'freshie' PASUM. aku rasa rindu yang teramat dengan budak-budak sel aku..walaupun MHS baru sahaja melabuhkan tirainya pada malam sabtu yang lalu namun,aku rasa aku belum lagi berjaya menjadi dae'i yang mantap dalam menunjukkan mereka jalan kebenaran sebenar, tapi sekurang-kurangya dapat juga aku memberikan secebis nasihat yang aku rasa penting dalam hidup mereka sepanjang mereka bergelar 'asasian'.

Sepanjang LDK aku sentiasa berfikir apakah yang dapat aku bantu mereka di PASUM dengan lambakan cabaran mehnah dan tribulasi yang amat mencabar sedangkan aku tiada di sisi mereka lagi...TIADA
Takde apa-apa lagi yang aku boleh aku bantu mereka kecuali nasihatku agar kembali kepada tuhan kerana jika kita menjaga ALLAH pasti dan pasti ALLAH akan menjaga diri kita

Percayalah teman tiada kata-kata yang mampu melembutkan hati melainkan dengan izin ALLAH. maksudnya walau hebat macam mana pun nasihat yang kita bagi tapi tanpa izin dan hidayah dari ALLAH manusia itu tidak akan mampu berubah percayalah....kita sebagai pendakwah perlu teruskan berdakwah dan banyakkan amalan serta doa kerana hanya doa senjata bagi orang islam

*moral of the story=sbg pendakwah kita buat kerja kita hanya ALLAH memberi hidayah


d(*_*)b [peace]
Amir Adham

Tuesday, May 3, 2011

entah...

salam perjuangan teman

hari ni aku rasa cukup indah pemberian allah terhadap islam dan penjagaan-NYA keatas diriku...walaupun kadang2 ada hari kita minta mcm2 pada ALLAH...contohnya nak berjaya,nak duit,nak kerete,nak baju ,nak seluar dan macam2 lagi...tapi pernah x kita minta dijauhkan bala secara spontan dan bersungguh2(mesti jarangkan)...tapi ALLAH x pernah saja2 bg bala kat kita....sbb ALLAH sangat sayang pada hambanya cuma kita sebagai hambanya x pernah bersyukur dan x pernah ada rasa nak mendampingkan diri kita pada tuan a.k.a TUHAN kita....ALLAH x pernah lari dari manusia tp kita yg lari menjauhkan diri drpd TUHAN kita...ingatlah walau ke mana kita lari ALLAH MAHA MELIHAT...DIA nampak apa yang kita lakukan....CCTV ALLAH terlalu berkuasa xde sape yang mampu buat sistem CCTV yang lebih hebat dari ALLAH punya,tapi kita terlalu mendabik dada...kita cakap "Aku hebat!!!!" "Aku cemerlang!!!!!!!" sedang kan ayat yang betul "ALLAH HEBAT!!!!!" "ALLAH CEMERLANG!!!!!" tapi itulah namanya manusia x pernah nak bersyukur dgn apa yg diperolehnya....suka sgt mencari kemewahan dunia (penulis juga x lari dari situasi ini jadi sama2lah kita berubah kearah yang lebih baik..)


*moral of the story=kita hidup untuk mencari keredhaan ALLAH bukan keredhaan manusia


d(*_*)b [peace]
Amir Adham

Friday, April 22, 2011

pengorbanan

salam perjuangan teman

haa...hidup ni menuntut satu pengorbanan yang besar dalam diri..
kenapa???
kdg2 kita terpaksa membuat pilihan yang paling sulit....contoh:tidur ke baca quran?study ke main game? baca buku ke tgk movie?itu semua adalah contoh yang paling simple aku boleh bagi sebab aku pun sering terjerat dengan soalan tersebut...hahaha ini menunjukkan betapa lemahnya diri ini
Aku teringat kata kwan aku "kita mestilah membuta tuli dalam melaksanakan sesuatu perkara setelah mengetahui kebenaran perkara tersebut dan jangan membuta tuli melaksanakan sesuatu perkara yang diragui kebenarannya"
tp kita ni macam biasa la...sudah gaharu cendana pula,sudah tahu pura2 tak tahu pula...
haaaiiii..(yang menulis blog ni pun sama je)...tp nasihat saya pada diri sendiri...kalo Allah beri kita hidayah smbutlah sinar yg diberikan tu...sbb hanya org2 yg Allah mahukan kebaikan dari mereka baru Allah beri hidayah pada org tersebut jgn sampai Allah tarik hidayah dalam diri kita...nauzubillah...
oleh itu jgn sesekali biarkan hidayah yg diberikan Allah itu hanya sekadar ingatan tetapi tiada sebarang tindakan yang diambil..

*moral of the story: kdg2 pengorbanan yang sedikit itulah yang memberi makna yang besar dalam hidup kita...oleh itu sentiasalah berkorban keranaNYA agar mendapat keredhaanNYA



d(*_*)b [peace]
Amir Adham

Thursday, April 21, 2011

YE KE????

salam perjuangan teman

Alhamdulillah tadi aku berjaya jugak memenuhi hasrat hati nak memanjangkan hhbgn silaturahim dgn menjgk sekolah...rasa bersyukur sgt2
td ustazah ada tegur aku sbb dah lama x jenguk adik2 junior aku tuu..ustazah minta aku sampaikan cabaran sebenar bergelar muslim sejati apabila keluar dari kepompong sekolah..tetiba aku terfikir balik...astaghfirullah..apa aku dah buat sepanjang habis SPM?????
kenapa aku cakap macam ni????macam dah xde topik lain je....apa la amir ni...entah apa2 je mengarut...
Ye kalo korg nk kata aku ni merapu suka hati...tp aku nak tanya berapa ramai yang waktu zaman sekolah rajin solat,pastu bila masuk matriks or fakulti or asasi dh mula dh tercicir solatnya??bkn tu je....malah ada yg pakai tudung ikut office hour???
Ini adalah hakikat muda-mudi zaman skrg...

saya cuba nak ajak teman2 rujuk balik alquran resam uthmani mukasurat 603,surah an-nasr....kata Allah "Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan(1) dan engkau melihat manusia berbondong-bondong masuk agama Allah(2) maka bertasbihlah memuji tuhan-Mu dan memohon ampunlah ampunan daripada-Nya. Sungguh,Dia maha penerima taubat"

Apa yg saya cuba tekankan dalam ayat 2 dan 3...sekiranya waktu manusia mula nak mencari sinar ISlam tapi kita yang beragama Islam atau dalam IC ada tertulis ISLAM tetapi tidak mampu nk menyampaikan kata2 iman maka tepuk dada tanya diri...kata Rasulullah "sesiapa yag menyebut kalimah 'tiada tuhan selain Allah' maka dia adalah pendakwah" oleh itu fikir2 kan kita ni kat mana????kat bumi atau kat marikh?di dunia atau di alam barzakh?syurga ke neraka?

*moral of the story:kita mesti tanam dalam diri "I'm the believers and I'm NOT the followers"

d(*_*)b [peace]
Amir Adham

Tuesday, April 19, 2011

masalah diri sendiri

salam perjuangan teman

td terfikir nak ajk sepupu aku keluar gi KL sebab bosan dok umah x tau nak watpe jd sewaktu berjalan nak mkn tgh hari,aku ajak sepupu aku makan n teringat nak mkn KFC kat Ampang Point..entah macam mana aku terimbau nasihat sahabat aku
"kita pulaukan produk yahudi dan sekutu nyerr..."
aku tanya balik dalam diri ini
"aku ni betul ke nak pulau produk brg yahudi???" rasa macam x mampu pulak

hmmm...x tau macam mana nak ckp tp ak ni kalau waktu iman membukit laju je kita ckp nak buat amal tu la ini la dan macam2 lg.....tp bila iman down senyap je macam xde apa yang berlaku

*moral of the story=aku mesti istiqamah dalam melakukan setiap kerja dan ijtihad aku


d(*_*)b [peace]
Amir Adham

Sunday, April 17, 2011

INSYALLAH

salam perjuangan teman..
Dah bersawang rasanya laman sesawang nih...dah lama x update blog nih...haha
insyallah sekiranya diberi kekuatan oleh allah insyallah lepas ni aku berazam untuk teruskan wacana aku di blog nih..untuk permulaan dah cukup kot...puas hati aku...


d(*_*)b [peace]
Amir Adham