Thursday, April 21, 2011

YE KE????

salam perjuangan teman

Alhamdulillah tadi aku berjaya jugak memenuhi hasrat hati nak memanjangkan hhbgn silaturahim dgn menjgk sekolah...rasa bersyukur sgt2
td ustazah ada tegur aku sbb dah lama x jenguk adik2 junior aku tuu..ustazah minta aku sampaikan cabaran sebenar bergelar muslim sejati apabila keluar dari kepompong sekolah..tetiba aku terfikir balik...astaghfirullah..apa aku dah buat sepanjang habis SPM?????
kenapa aku cakap macam ni????macam dah xde topik lain je....apa la amir ni...entah apa2 je mengarut...
Ye kalo korg nk kata aku ni merapu suka hati...tp aku nak tanya berapa ramai yang waktu zaman sekolah rajin solat,pastu bila masuk matriks or fakulti or asasi dh mula dh tercicir solatnya??bkn tu je....malah ada yg pakai tudung ikut office hour???
Ini adalah hakikat muda-mudi zaman skrg...

saya cuba nak ajak teman2 rujuk balik alquran resam uthmani mukasurat 603,surah an-nasr....kata Allah "Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan(1) dan engkau melihat manusia berbondong-bondong masuk agama Allah(2) maka bertasbihlah memuji tuhan-Mu dan memohon ampunlah ampunan daripada-Nya. Sungguh,Dia maha penerima taubat"

Apa yg saya cuba tekankan dalam ayat 2 dan 3...sekiranya waktu manusia mula nak mencari sinar ISlam tapi kita yang beragama Islam atau dalam IC ada tertulis ISLAM tetapi tidak mampu nk menyampaikan kata2 iman maka tepuk dada tanya diri...kata Rasulullah "sesiapa yag menyebut kalimah 'tiada tuhan selain Allah' maka dia adalah pendakwah" oleh itu fikir2 kan kita ni kat mana????kat bumi atau kat marikh?di dunia atau di alam barzakh?syurga ke neraka?

*moral of the story:kita mesti tanam dalam diri "I'm the believers and I'm NOT the followers"

d(*_*)b [peace]
Amir Adham

Tuesday, April 19, 2011

masalah diri sendiri

salam perjuangan teman

td terfikir nak ajk sepupu aku keluar gi KL sebab bosan dok umah x tau nak watpe jd sewaktu berjalan nak mkn tgh hari,aku ajak sepupu aku makan n teringat nak mkn KFC kat Ampang Point..entah macam mana aku terimbau nasihat sahabat aku
"kita pulaukan produk yahudi dan sekutu nyerr..."
aku tanya balik dalam diri ini
"aku ni betul ke nak pulau produk brg yahudi???" rasa macam x mampu pulak

hmmm...x tau macam mana nak ckp tp ak ni kalau waktu iman membukit laju je kita ckp nak buat amal tu la ini la dan macam2 lg.....tp bila iman down senyap je macam xde apa yang berlaku

*moral of the story=aku mesti istiqamah dalam melakukan setiap kerja dan ijtihad aku


d(*_*)b [peace]
Amir Adham

Sunday, April 17, 2011

INSYALLAH

salam perjuangan teman..
Dah bersawang rasanya laman sesawang nih...dah lama x update blog nih...haha
insyallah sekiranya diberi kekuatan oleh allah insyallah lepas ni aku berazam untuk teruskan wacana aku di blog nih..untuk permulaan dah cukup kot...puas hati aku...


d(*_*)b [peace]
Amir Adham

Friday, March 19, 2010

terima kasih...

segala puji bagi ALLAH yg memerintah sekelian alam...kerana dgn limpah kurnianya aku dptla sikit ilham apa yg aku nk tulis hari ni..(walaupun jrg tulis kat blog sendiri)..harapnya mesej yg aku nk smpaikn dpt diterima ramai..ari ni aku rasa x terlambat rasanya nk ucap tahniah kepada semua lepasan SPM yg berjaya dan..bg mereka yg kurang bernasib baik cuba lagi..mungkin belum ada rezeki lagi..jd sentiasa lah mencuba sbbnya "better late than never".

Contoh terbaik yg boleh dibawa: Rasulullah...baginda sentiasa mencuba sebarkn dakwah wlaupun dicaci dihina dan antara doa rasulullah sepnjg dakwah baginda yg bermaksud "Ya Allah walaupun mereka menentang Islam,ttp kau berikanlah sinar hidayah kpd generasi mrk" itulah antara sbb Rasulullah teruskan b'dakwah walaupun m'dpt tentangan yg sgt hebat..dan harapan Rasulullah mahu melihat umat mrk memeluk ajaran Islam yg sebenar & Alhamdulillah doa Rasulullah dimakbulkan,natijahnya wujudlah empayar khalifah islamiyah slps kewafatan Rasulullah..di sini kita lihat matlamt rasulullah tercapai kerana komitmen serta pengorbanan Rasulullah sendiri dlm b'dakwah dan semgt sentiasa mencuba ada dlm Rasulullah...masakan tidak bg kita manusia biasa yg sewajibnya menjadikn Rasulullah sbg Uswatun khasanah...oleh itu,nasihat saya pd diri sendiri agar tabah dlm menghadapi kegagalan kerana setiap ujian Allah itu menunjukkan perhatian Allah pd diri kita lbh drpd org lain..

Jadi berbalik kpd topik yg ingin saya smpaikn..saya bersyukur kpd Allah diatas kejayaan yg saya perolehi selama ini spjg kehidupan saya bergelar Hamba Allah..sesungguhnya tiada apa daya saya melainkan dgn keizinanNya untuk sesuatu perkara..saya juga ingin berterima kasih dgn semua pihak yg telah membantu saya serta memberi sumbgn dlm kehidupan saya..TERIMA KASIH SEMUA....

Wednesday, March 10, 2010

CELOTEH MENGENAI PLKN

Aku x tau la ckp mcm mana...
tp alhamdulillah..slps 2 bulan setengah masuk kem..
mcm biasala...kalo beli rambutan satu kilo...pasti ada satu dua biji yang busuk kan..
mcm tu laa..PLKN gak ada benda yg perlu diperbaiki...
bagi pendapat aku yg jujur dan ikhlasnya boleh dapat markah 6/10....dan kalo nak diikutkan byk ilmu yg membantu kita di masa muka nanti...
contoh dlm modul pembinaan karakter...ianya byk membantu remaja masa kini dalm mencari identiti mereka sendiri...perkara ini sebenarnya amat penting kerana remaja kini kebanyakkan mereka hanyut kerana mereka cuba mencari identiti mereka sedangkan identiti itu boleh dicari sekiranyan kita mendekatkan diri kepada tuhan dan ditambah dgn keyakinan serta komitmen dlm diri utk mencari diri yang sebenar...
faham x?...kalo x faham itulah keunikan modul pembinaan karakter..ianya hanya boleh dirasai setelah kita sendiri yg merasainya dan sush kalo kita nk mentafsirkannya dgn perkataan...kerana di situ ada nilainya yg tersendiri...
ianya juga berbeza sekali dgn ceramah motivasi yg biasa kita lihat...
Alhamdulillah...saya berasa beruntung sekali terpilih dlm program yg dianjurkan oleh pihak kerajaan ini..(akan bersambung...)

Tuesday, December 22, 2009

Ma'al hijrah

Hmmmm...memandang kan SPM sudah tamat (sekarang tengah diperiksa) jadi saya mengharapkan mana-mana pihak yang sedang membaca bolehlah mendoakan saya berjaya mendapat keputusan yang cemerlang kelak.
Di saat sedang sibuk bermain game, tetibe teringat pulak nak bukak blog sendiri rindu rasanya nak menaip sesuatu. Tapi sebelum tu,nak tanya sikit boleh tak? Pernah tak korang naik teksi ke?naik bas ke?Pernah tak???
Mesti pernah kan...kalau korang naik bas kan, macam mana korang beri isyarat kat pemandu suruh berhenti kan bas?mesti guna jari kan?tak kisahlah jari apa...kelingking ke,ibu jari ke tak kisah yang penting pakai satu jari atau dua jari.Kalau naik teksi pulak,korang hanya perlu cukup kan modal untuk bayar tambang dan suara yang cukup kuat untuk didengari drebar teksi untuk menyatakan destinasi yang dikehendaki.Insyallah..korang akan sampai ke destinasi mudah kan..
Oleh itu, apa salah nya kalau korang guna 10 jari untuk mohon pada ALLAH apa yang korang mahukan Insyallah ALLAH akan bantu korang,lebih-lebih lagi,kalau korang korbankan harta korang untuk jalan ALLAH mesti lagi cepat ALLAH tolong korang...(macam naik teksi la..mesti lagi cepat sampai kan....)
Jadi apa tunggu lagi,lepas je korang baca warkah ini teruslah berdoa pada ALLAH.



d(*_*)b [peace]
Amir Adham









Wednesday, March 18, 2009

SATU KELEMAHAN KITA SEBAGAI HAMBANYA

'Assalamualaikum..'
Salam yang biasa diungkapkan sebagai manusia
Dan sebagai hambaNYA yang mengambil Rasulullah sebagai model hidupnya
Jelas hal ini menunjukkan sebagai manusia bukan lah perkara yang besar mana
Sedangkan kita nak tunjuk contoh yang terbaik pun kita tak mampu
Apatah lagi sebagai manusia yang bongkak
takbur,angkuh ,ujub
Mana letak nya maruah sebagai hamba yang taat perintah tuhannya?
Adakah sanggup kita menanti di barzakh dengan penuh rasa penyesalan?
Adakah kita mampu menjawab persoalan yang bakal menenti kita?
Adakah sudah cukup persediaan hadapi kematian..?
Adakah kita yakin akan ke syurga..?
Rakan-rakan yang saya kasihi sekalian..
Saya mungkin tidak lah sebagus mana..
Tapi adakah rakan-rakan sekalian tunjukkan saya jalan yang benar?
Adakah rakan-rakan ajar saya erti amal kebaikan yang sebenar?
Saya bukanlah nak salahkan mana-mana pihak
Saya mengharap agar Allah membuka hati kita semua
Hidup kalau saling menuding jari tak kemana...
Kita juga yang susah
Bahkan dipandang jelek oleh orang lain
d(*_*)b [peace]