Tuesday, December 4, 2007

cerita baru............

Semalam saya dan adik saya pergi masjid di taman perumahan saya kebetulan malam tadi ada ceramah al-Quran saya dan adik saya tidak menyangka akan ada kuliah. Alang-alang menyeluk pekasam biarlah ke pangkal lengan. Kami mengambil senaskhah al-quran setiap seorang lalu kami membuka muka surat 114 (tapi saya tak ingat surah apa)

Kami pun bacalah al-Quran dengan mengikuti bacaan ustaz tersebut.Sehinggalah muka surat 115.
Kemudian ustaz tersebut membuat ualsan mengenai hukum tajwid.Beliau menekan hukum tajwid kerana kita mestilah membaca al-Quran dengan tertil.Namun apa yang saya nak ceritakan disini ialah salah satu sirah nabi yang diceritakan beliau berbunyi begini:

Dalam masjid nabawi terdapat dua kelompok sebelah kanan masjid orang sedang baca al-Quran manakala sebelah kiri sedang solat sunat.Maka sahabat Rasulullah pun bertanya kepada Rasulullah
"Ya kekasih ALLAH diantara dua kelompok tersebut kelompok yang manakah lebih hampir dengan ALLAH?". Maka Rasulullah pun menjawab "sesungguhnya orang yang membaca al-Quran itu seperti berdialog dengan ALLAH sedangkan orang yang sedang bersolat itu sebenarnya meminta-minta dengan-NYA.Tentulah orang yang bercakap dengan ALLAH adalah lebih baik"



Kesimpulannya kita mestilah banyakkan membaca al-Quran agar kita akan mendapat keredhaannya

1 comment:

AmiE said...

salam..

new template..cantik..neat and tidy..=))

this entry, i like..hehehe..
satu hari nnt, ble akk dh sibuk dgn mencr nikmat dunia, igtkan akk utk bc entry ni..so dat, akan lebih mengingati ade bnde yg lebih penting..=)

syg adham