Friday, December 5, 2008

CADANGAN......

Hari ini aku serta kedua ibu bapaku duduk di dapur sambil berbincang mengenai hal keluarga..
kami berbincang mengenai pelbagai topik lebihlebih lagi mengenai hal yang berkaitan perkahwinan kakak aku yang bakal dilangsungkan pada bulan Ogos tahun depan...
cadangan bapaku adalah untuk melaksanakan perkahwinan tersebut di rumah lama kami sebelum kami berpindah ke Kuala Lumpur atas beberapa faktor:
  1. Mudah melaksanakan kerja kerana jarak rumah saudara mara kami dengan rumah tersebut tidak terlalu jauh.
  2. Terdapat ramai kenalan yang sudi membantu kami.
  3. Terdapat balai raya yang berhampiran bagi memudahkan kerja-kerja memasak.

Alah... senang cerita apa-apa jela mudah kat Kluang tu...cuma apa yang menarik tentang topik kami pada hari ini ialah..sewaktu bapaku sedng mengangkat takbiratul ihram,setan pulak menganggu dengan pelbagai idea bernas..iaitu..

Sekiranya kami tidak menggunakan rumah tersebut,rumah itu akan diguna kan sebagai rumah tumpangan.Rumah tumpangan ini berfungsi sebagai:

  1. Rumah sewa bagi mereka yang tidak mahu menyewa hotel
  2. Juga boleh dijadikan sebagai bilik sewa bagi pelajar mahasiswa yang ingin menyewa rumah.
  3. Dijadikan rumah penyanggah bagi mereka yang ingin berkahwin.
  4. Rumah untuk dijadikan tempat bagi majlis perkahwinan diadakan..
  5. Selain itu, memudahkan kami sekeluarga untuk pulang ke rumah asal kami.
  6. sumber dana kewangan bagi surau taman kluang jaya
  7. Sebagai alternatif tambahan sekiranya balai raya Tman Kluang Jaya mendapat tempahan yang padat.
  8. Boleh dijadikan sebagai tempat istirehat bagi mereka yang mempunyai saudara mara yang ramai.
  9. Dan apa jua aktiviti yang bersesuaian dan mendapat persetujuan tuan rumah(mak bapak aku lah hehehe...)

Selain itu, mengikut perancangan kedua ibu bapaku..rancangan ini akan merangkumi segala rumah yang ada dekat kluang tu....(itupun kalau ada lah, mana boleh bagi tahu semua rahsia....)

Jadi itu semua perancangan dan cadangan semata-mata dan perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan..tapi insyallah cadangan ini pasti akan menjadi kenyataan

inyallah......

No comments: