Tuesday, June 21, 2011

Merancang

salam perjuangan teman

Hari ini insyallah aku nak share something kat korg.Cuba korg tgk peta LRT ni......



korang fokus kat stesyen ampang (line yg warna oren) kalo korang perasan ada satu stesyen sebelum ampang namanya pandan indah..........haa.......apa kaitan kedua-dua stesyen ni dgn cerita aku

Ceritanya bermula apabila aku naik LRT dari stesyen hang tuah nak balik ampang.Waktu tersebut pada waktu tgh hari yg agak terik,apabila aku masuk je gerabak tu......fuhhh.......suasana berubah menjadi sejuk (air cond la katakan......kat umah xde,kat LRT je nak merasa air cond ni) so aku pun bersandar dan menikmati suasana nyaman pendingin hawa LRT ni......waktu tu aku perasan aku dah sampai stesyen pandan indah n ada seorang mamat stylo duduk kat depan aku......tunggu punya tunggu.......tetiba aku perasan mamat tu dah xde!!!yg ada hanya sepasang suami isteri(yg boleh dikatakan umur pertengahan)duduk kat tempat sepatutnya mamat stylo tu berada..........dalam hatiku "ish,mana pegi mamat tadi???"

Tetiba aku terdengar "stesyen berikutnya pandan jaya, next station Pandan jaya" terkejut aku dibuatnya sepatutnya stesyen cempaka tp lain pulak pengumumannya.Rupa-rupanya baru aku perasan aku dah tertidur sepanjang train aku naik dari pandan indah ke ampang dan ke pandan indah kembali.........malu gila aku dengan pak cik n mak cik kat depan aku ni. Tak pernah kejadian ni berlaku sebelum ni pada diri aku, tp takdir ALLAH
la katakan,kalo ALLAH kata "Jadilah" maka perkara tersebut pasti akan berlaku walaupun bukan dengan kehendak kita,

*moral of the story=kita merancang,dan ALLAH juga merancang tetapi perancangan ALLAH adalah sebaik-baik perancangan


d(*_*)b [peace]
Amir Adham

Monday, June 20, 2011

Jemput baca...

salam perjuangan teman...

Tadi pagi waktu sibuk memberi ikan sarapan mereka tiba-tiba aku perasan sesuatu makanan...ya MAKANAN IKAN

Ikan ni akan makan makanan yang sama jenis sama jenama setiap hari dan setiap tahun...tapi..yang membuat aku terkesima seketika terhadap ikan ini adalah kerana ia tetap memburu makanan tersebut tanpa menunjukkan ia sudah jemu terhadap makanan tersebut

Bayangkan kita berada di tempat ikan tersebut...x payah cakap sehari...pagi menu lain tgh hari menu lain malam pulak masakan panas

Begitulah perbezaan sifat syukur manusia dan sifat syukur binatang amat berbeza sekali ibarat langit dan bumi. Binatang2 kat dunia ini semua tahu siapa pemilik alam ni dan bagi mereka rezeki mereka semuanya bergantung kepada TUHAN yang mencipta mereka dan mereka benar2 bersyukur terhadap segala pemberianNYA.

Namun alangkah sedihnya aku melihat manusia ini (termasuk penulis sekali) tentu akan ada saja keluhan yang diberikan terhadap rezeki pemberian tuhan. kalo nak diikutkan terlalu banyak rezeki yang kita dpt....itu sebab dalam Alquran ada ayat yg bermaksud "berilah peringatan, sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada orang2 mukmin"

*moral of the story= x payah nak byk complaint dengan apa yg ALLAH berikan sbb ada hikmah tehadap segala yg berlaku


d(*_*)b [peace]
Amir Adham

Friday, June 17, 2011

Semoga bertemu kembali PP




salam perjuangan PP sekalian

Apa khabar hari ini??hmm..hari ni special edition punya post sbb fokus untuk rakan-rakan PP yang disayangi sekalian. Ya mungkin benar kata ucop 'This is not a goodbye but this is see you later'.

Sepanjang berada di Langkawi kadang2 saya cuba mengasingkan diri sendiri sebab nak cuba merasai hidup tanpa rakan disisi hakikatnya payah sekali sebab apa erti perjuangan tanpa rakan disisi...ya memang benar kita amat memerlukan RAKAN..dan saya cuba untuk menjadi rakan atau teman sejati dengan memberi sedikit pesanan.

Tp pesanan saya mungkin berbeza sedikit cuma nak mengajak imbau kembali kenangan yang ada sepanjang bergelar Pembantu Pelajar. tugas kita sebagai pembantu pelajar mungkin dah habis dan bermulalah era sebagai pelajar universiti(khusus bagi ex-asasian)serta ada yang sudah sampai ke tahun akhir pengajian tepulanglah kepada macam mana tafsiran anda semua tapi sebagai seorang rakan pesanan yang saya cuba titipkan ialah sedarlah hidup umpama makan coklat (bayangkan coklat kisses sedapkan...hahaha....) kita pasti akan menikmati kelazatan coklat tersebut tapi apabila ia habis ditelan kita rasa x puas nak makan lagi sampai kita rasa muak itulah dia analogi yang saya ingin kongsikan.Hal ini sama seperti kita mencari kenikmatan dunia semata-mata. Kita tidak akan berasa puas bahkan kita menjadi ketagih. Itu lah sebab para ulama ada mengatakan 'peganglah dunia hanya sekadar di tangan jangan letakkan ia di hati'

Itulah dia pesanan yang saya sampaikan 'carilah dunia sekadarnya kerana pengakhiranya di akhirat kelak'

jadi sebelum saya mengundur diri saya ingin memohon maaf segala kesilapan dan kesusahan yang telah saya timbulkan sepanjang gerak kerja dan sepanjang Minggu Haluansisiwa Asasi 2011\2012 kerana semua manusia tidak sempurna. Jadi semoga bersua kembali PP senior dan sahabat perjuanganku sekalian jasa kalian pasti dan pasti akan kukenang kerana tiada pengalaman yang paling menarik selain dapat bertemu dan bekerja bersama kalian

*moral of the story= carilah dunia sekadarnya kerana pengakhiranya di akhirat kelak

d(*_*)b [peace]
Amir Adham

Tuesday, June 7, 2011

Bersyukurlah

salam perjuangan teman...
pentingnya kita besyukur terhadap segala yang kita miliki kerana kita pernah tergolong dalam kategori gambar di bwh ini





haa....kenapa tetiba aku cakap macam ni sebab semalam aku nampak budak dalam lingkungan 7 tahun sibuk menyapu sampah dan membersihkan metrobus....tp kita ni kdg2 nak kemas bilik pun malas tapi budak ni bersihkan bas tuu...tambahan umur setahun jagung dah pandai bekerja.....itu sebab aku cakap kita kena bersyukur dengan apa yang kita ada...walaupun malas kerja tapi rezeki yang ALLAH bagi sungguh luas....sesuai dengan sifat ALLAH=Yang maha Pemberi Rezeki..

Dalam Alquran surah Ar-Rahman ada ayat yang menyebut tentang kredibilti manusia dalam pemilihan nikmat yang Allah berikan

"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?"

tetapi berapa ramai antara kita yang benar2 mengambil iktibar daripada surah ini kerana melalui surah ini sahaja 31 kali diberi peringatan uantuk bersyukur...jadi fikir-fikrlah sendiri...

*moral of the story=bersyukrlah kerana sifat syukur itu melambangkan bunga peribadi kita

d(*_*)b [peace]
Amir Adham

Sunday, June 5, 2011

selepas MHS ASASI

salam perjuangan teman...
semalam aku dpt merasakan ukhuwah yang dibina atas niat yang ikhlas untuk membantu 'freshie' PASUM. aku rasa rindu yang teramat dengan budak-budak sel aku..walaupun MHS baru sahaja melabuhkan tirainya pada malam sabtu yang lalu namun,aku rasa aku belum lagi berjaya menjadi dae'i yang mantap dalam menunjukkan mereka jalan kebenaran sebenar, tapi sekurang-kurangya dapat juga aku memberikan secebis nasihat yang aku rasa penting dalam hidup mereka sepanjang mereka bergelar 'asasian'.

Sepanjang LDK aku sentiasa berfikir apakah yang dapat aku bantu mereka di PASUM dengan lambakan cabaran mehnah dan tribulasi yang amat mencabar sedangkan aku tiada di sisi mereka lagi...TIADA
Takde apa-apa lagi yang aku boleh aku bantu mereka kecuali nasihatku agar kembali kepada tuhan kerana jika kita menjaga ALLAH pasti dan pasti ALLAH akan menjaga diri kita

Percayalah teman tiada kata-kata yang mampu melembutkan hati melainkan dengan izin ALLAH. maksudnya walau hebat macam mana pun nasihat yang kita bagi tapi tanpa izin dan hidayah dari ALLAH manusia itu tidak akan mampu berubah percayalah....kita sebagai pendakwah perlu teruskan berdakwah dan banyakkan amalan serta doa kerana hanya doa senjata bagi orang islam

*moral of the story=sbg pendakwah kita buat kerja kita hanya ALLAH memberi hidayah


d(*_*)b [peace]
Amir Adham